Thursday, November 29, 2012

Kadar baru

Baru aku tau, rupanya membasuh mpv lagi mahal dari kereta sedan. walaupun ramai orang kata, alza ni sekadar myvi yg dipanjangkan, tetapi kat kedai basuh kete, tokey dia tetap melebalkan alza sebagai mpv.
So, kadar bayaran baru untuk membasuh kete aku adalah, RM10 (luar shj) dan RM15(kesemua skali)

Jom g kedai RM2, beli span pembasuh kete and kain pengelap. tambah RM10 lagi untuk membeli shampoo kete. baru RM14. boleh guna banyak skali

Jangan bil air pun bertambah sudah. rajin sangat basuh kete..

Thursday, January 20, 2011

sesuatu yg baru, sesuatu yg bernilai

hmm.. aku dah delete draft pertama untuk entry ni. sume aku delete. puas hati

straight to the point. apa yg baru dan apa yg menarik?
yg baru ada lah tahun baru. sekarang ni kan dah masuk tahun 2011. dah 20 hari dah.. makin tua rasanya

apa yg bernilai?
pegawai kwsp tengah mengandung sekrang.. hmm, nak jadi abah rupanya aku ni. pada usia yg akan mengenjak ke 28 tahun, ada satu lagi insan yg akan mengharap dan bergantung pada aku. terharu lak tetiba

25 nov lepas, anto pegawai kwsp g klinik selepas dia check kat pregnancy test kit. hasil +ve. nak lebih confirm, g lah klinik dan membuat pemeriksaan dengan lebih rapi. still +ve gak. 5 minggu. best2. syukur Alhamdulillah. rezeki dariNya. aku bersyukur Ya Allah atas nikmat yg Kau berikan.

dari sepatutnya aku datang lambat, dpt berita menggembirakan, terus jadi halfday. hehe.

dari hari tu, bermula lah cabaran menjaga pegawai kwsp, melayan kerenah n emosi yg tak tentu halanya dia. tak pelah, untuk anak sendiri gak.

last week 12 jan, first appointment dengan hospital pakar seramban. KPJ. hmm..kat situ lah plan nyer nak deliver nanti. hopefully sumenya berjalan lancar. ikut perancangan 30/07/2011. nantikan lah nanti

doakan kami kawan2

wassalam

Tuesday, October 26, 2010

sesuatu yg biasa berlaku

huhu..apa yg berlaku. tetiba kemalasan melanda. tak tau nak cite pasal per. tak boleh berfikir dengan waras dan tenang. kusut. so, solutionnya, inilah yg aku mampu update blog aku.

kene berubah. usaha perlu diteruskan. maju ke hadapan.

doakan kami berdua