Saturday, October 2, 2010

raya yg memberansangkan

Raya datang lagi, membawa keberkatan dan kerahmatan kepada umat Islam di seluruh dunia.

Raya mengajar aku erti bersabar, bersederhana, bertoleransi, bersedekah, bermakan ketupat, lemang, rendang dan makanan febret, sambal goreng. raya ni cukup bermakna. aku terpaksa berjauhan dengan family aku di pagi raya. cuma dapat bersama family baru aku, pegawai kswp, mertua, atuk dan wan. hmm.. rasa lain lak.

tak pernah aku g ziarah wakaf di pagi raya, takbir lebih dari 20 rumah, membakar rendang dan ketupat dan melihat kaum lelaki merasa lemang yg dimasak dan terus kata "sedap lemang ni"

mungkin itu antara perkara menarik yg aku alami tahun ni. rasa takyah lah mention pasal aku pakai baju tahun lepas pasal nak sedondon dengan pegawai kwsp. ataupun pegawai kwsp lupa nak salam aku dipagi raya, dia perasan dia masih bujang lah tu. hmm.. rasanya itu bende yg boleh diabaikan dikala menikmati syawal setahun sekali.

Sekeping je gambar yg sempat dirakamkan
tapi, yg pastinya, raya ni begitu memberangsangakan. apa tak nya, untuk seminggu raya, aku dah drive lebih dari 1000km. dari nilai ke rembau (balik umah mertua) ke seremban (hantar pegawai kwsp keje) ke rembau (membakar lemang dan memasak rendang) ke palong (menghantar lemang dan rendang) ke rembau (raya) ke bahau (g batu kikir) ke palong (balik kg aku) ke tanjung malim (g umah wak di gedangsa) ke sg besar (g raya umah pangkat atuk dan nenek) ke tanjung karang (g umah wak) dan seterusnya ke cheras. esoknya ke puchong (g umah atuk puchong) sebelum bergerak ke rembau kembali. korang baca pun mesti tercarik2 kat mana tanda noktah. banyak sangat "ke". perpatah menyatakan, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. hmm.. tu aku baru pikul sebelah bahu, pasal sebelah lagi nak guna buat pikul untuk perjalan sesi kedua

untuk sesi kedua, berbekal tonsil di tekak, aku meneruskan perjalanan menyambut hari Malaysia di JB pula. nasib baik kali ni kurang "ke" pasal aku hanya ke JB, pontian dan taman universiti sebelum pulang ke rembau. itupun dan menyebabkan aku keletihan pasal tdo yg kurang pasal tonsil ni menyebabkan aku bangun sejam skali di waktu malam sambil melihat pegawai kwsp lena diulit mimpi.

tapi, alhamdulillah, aku puas pasal boleh jumpa sudara mara sepanjang cuti raya. aku pun leh introduce orang baru ke saudara mara ku dan leh kenal saudara mara pegawai kswp. kira oklah

ok, cukup, nak g open house lagi. sebelum beredar, dengarkan lah lagu ini untuk korang semua





wassalam

p/s : article ini sepatutnya ditulis seminggu selepas raya (10 + 7 september 2010)

No comments:

Post a Comment